Monday, 19 September 2016

Pengenalan

Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. manakala teknologi adalah ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan. Menurut Everett Mendelsohn,
“Sains ialah kegiatan saling bertindak manusia. Oleh itu ia adalah suatu aktiviti sosial. Pengetahuannya,kenyataanya, disuburkan dan dikongsi dikalangan kelompok manusia. Oleh itu, pada dasar pengetahuan saintifik adalah pengetahuan sosial. Sebagai aktiviti sosial, nyata sekali bahawa sains adalah hasil sejarah dan proses yang terjadi menurut masa dan tempat yang melibatkan manusia sebagai pelakon. Para pelakon ini bukan sahaja berperanan dalam sains tetapi dalam masyarakat yang lebih luas, di mana mereka adalah sebahagian daripadanya. ”

Sejarah dan perkembangan sains dalam Islam sebenarnya orang Islamlah yang memberi sains sebagai bentuk yang boleh dikenali. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh epistemologi Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, nilai dan prinsip akhlak memainkan peranan yang penting dalam usaha seseorang Islam itu menuntut ilmu. Tidak terdapat  konflik antara Islam dan sains, tidak ada persamaan dalam sejarah Islam berhubung dengan perseteruan antara agama kristian yang telah diinstitusikan dengan sains. Islam seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W menekankan penuntutan ilmu. Islam adalah satu sistem yang penuh. Ia adalah satu agama, kebudayaan dan tamadun sekaligus.
Sebagai satu sistem yang holistik ia menyentuh segenap kegiatan manusia. Etika dan nilai Islam meresap dalam semua kegiatan manusia. Oleh sebab itu Islam mempunyai perspektif yang tetap dari sudut falsafah,sosiologi dan metodologi tentang sains dan teknologi .

Sunday, 18 September 2016

TOKOH SAINS BIOLOGI


Al-Riyasa Ibn Jarit
a) Meninggal pada tahun 1193M
b) menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya
Al-Ghafiqi dari Cordava
a) Berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika  dengan nama Latin dan Berber.
b) Menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya.   
  Al-Nabati 
a) Menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.
b) Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian.
c) Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradahdan al-Jami’fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.                                                                       

TOKOH AL-KHWARIZMI

LATAR BELAKANG TOKOH


  • Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. 
  • dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  
  • Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.


  • dilahirkan di Bukhara Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. 
  •  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. .


PENDIDIKAN

 Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’
  6. Al-Tarikh
  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

  1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

  1. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


  1. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak

TOKOH AL-FARABI DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

1.0       PENDAHULUAN


Al-farabi merupakan seorang tokoh ilmuan islam yang sangat disegani oleh kenyakan tokoh ilsam mahupun bukan islam yang lain.Hal ini demikian kerana kebijaksanaannya dan sifatnya yang sangat mencintai ilmu serta banyak membuat kajian demi mendapatkan ssuatu ilmu.Al-Farabi menyatakan bahawa falsafah atau ilmu ini yang merupakan asas kepada kesempurnaan dan kebahagiaan yang paling tinggi bagi manusia adalah berasal dari kalangan kelompok Chaldeans iaitu penduduk awal Mesopotamia.Ilmu ini kemudiannya tersebar ke Mesir dan dari Mesir terus kepada bangsa Greek kemudiannya terus kepada orang-orang Syriadan kemudiannya kepada bangsa Arab.


Al-Farabi menyatakan dalam Madinah Fadilah: “Falsafah sepatutnya terasing daripada kerajaan, sungguhpun setiap kelayakan lain untuk memerintah mungkin boleh ditunjukkan, negara yang baik ialah yang kurang bilangan pemimpinnya, pemimpin negara yang sebenarnya bukannya (bersifat seperti) raja yang sebenar dan (jika sebaliknya) negara akan menemui kehancuran; dan jika tiada orang yang bijak yang membantu pemimpin negara, maka kemudiannya selepas suatu tempoh masa, negara itu akan musnah.”



2.0 BIODATA

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad B Turkhan bin al-Uzalagh al-Farabi.Beliau dikenali dengan nama Alpharabius di Barat.Beliau berketurunan Parsi. Beliau mendapat gelaran Al-Farabi kerana kelahirannya di Farab yang juga disebut Kampung Utrar.Daerah ini dahulunya termasuk dalam wilayah Iran namun kini termasuk ke dalam wilayah Republik Uzbekistan yang merupakan daerah Turkestan Rusia.Bapa beliau merupakam seorang jeneral yang memiliki posisi penting di Parsi manakala ibu beliau berdarah Turki asli. Berdasarkan catatan dari Awarudin Harahap yang bertahun 1981, Al-Farabi dilahirkan pada tahun 258 H bersamaan 870 M di dalam keluarga yang berada dan dipenuhi dengan kesenangan.Tetapi kehidupan beliau tidak dipengaruhi dengan kemewahan, bahkan beliau lebih suka memikir perkara metafizik walaupun berada dalam bidang fiqh yang membolehkan beliau menjawat jawatan qadhi tetapi bidang itu tudak memberi kepuasan kepada dirinya.

 Beliau akhirnya mengembara menuju Baghdad dan mempelajari ilmu mantik daripada Abi Basyar Ibn Bata dan kemudiannya daripada Yuhana b Hailan di Haran. Beliau tekun mempelajari falsafah walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun. Beliau meminati untuk menyingkap perkara yang kabur dan caranya ialah dengan melakukan pengembaraan.Beliau mahir menguasai banyak bahasa di antaranya ialah, bahasa Arab, Turki dan Parsi serta menguasai muzik secara teori dan praktikal.Diriwayatkan beliau tidak mengambil berat masalah dunia seperti pakaian, tempat tinggal bahkan beliau telah meninggalkan jawatan qadhi yang disandang di negerinya.Beliau selalu keluar waktu malam bagi mencari tempat-tempat berpokok dan berair bagi membaca dan mendengar muzik.

Beliau cuba menyatukan pendapat Aristo dan Plato serta Aristo dan.Galinousdan antara semua mereka dengan ajaran islam.Tindakan beliau bagaimanapun telah dikritik oleh Hibbatullah Ibn Albarakah Al Baghdadi dengan bantuan pemikiran Al Ghazali kerana sealiran dengan Aflutin.Al Baghdadi menyifatkan falsafah beliau sebagai bertabiat Aflutin tetapi bersifat Aristo.Hal ini disebabkan Al-Farabi bergantung kepada karya-karya yang telah diselewengkan.

3.0 Sumbangan Al-farabi

Karya al-Farabi kebanyakannya telah hilang dan yang sampai kepada kita hari ini hanyalah beberapa potongan ayat dan ada antaranya bertentangan antara satu sama lain dan memerlukan kepada penyusunan yang baru.Karya beliau telah sampai pada angka 117 termasuk buku dan risalah.Ianya mencakupi mantiq, pendidikan, nature, ilmu ketuhanan, akhlak, politik, falsafah, matematik, kejuruteraan, perbahasan dan astronomi.Buku yang paling bermutu ialah ensiklopedia yang bernama ‘ihksou al Ulum yang dianggap karya terpenting berbahasa Arab dalam penyusunan ilmu.

Sebagai pembangun sistem filsafat, ia telah membaktikan diri untuk berkontemplasi, menjauhkan diri dari dunia politik walaupun menulis karya-karya politik yang monumental.Ia meninggalkan risalah penting.Filsafatnya menjadi acuan pemikiran ilmiah bagi dunia Barat dan juga Timur.Selama sepeninggalnya, Al-Farabi hidup di tengah kegoncangan masyarakat dan politik Islam.Pemerintah pusat Abbasiyah di Baghdad sedang berada dalam kekacauan di bawah pimpinan khalifah-khalifah Radli, Muttaqi, Mustakfi.Pada ketika itu kemunculan negara-negara di daerah yang mengambil alih kekuasaan.Al-Farabi dengan cemas hati melihat perpecahan khalifah dan kemunduran masyarakat Islam.Seperti yang dinyatakan beliau tidak aktif dalam bidang politik, tetapi tetap memberikan kontribusi pemikiran dengan menulis buku politik untuk memperbaharui tata negara.Pembaruan itu menurutnya hanya dapat berhasil apabila sudah berakar kukuh dalam fondasi filsafat.

 Walaupun al-Farabi merupakan ahli metafizik Islam yang pertama dan terkemuka namun beliau lebih dikenali di kalangan kaum Muslimin sebagai penulis karya-karya filsafat politik.Para ahli sepakat memberikan pujian yang tinggi kepadanya, terutama sebagai ahli logika yang masyhur dan juru bicara Plato dan Aristoteles pada masa itu.Beliau belajar logika daripada Yuhanna ibn Hailan di Baghdad dan memperbaiki bidang logika, meluaskan dan melengkapi aspek-aspek rumit yang telah ditinggalkan oleh al-Kindi.

Kehidupan al-Farabi terbahagi kepada dua, iaitu pertama bermula dari sejak lahir sampai usia lima tahun.Pendidikan dasarnya ialah keagamaan dan bahasa.Beliau mempelajari fikih, hadis dan tafsir al-Qur’an serta mempalajari bahasa Arab, Turki dan Persia.Periode kedua ialah pada usia tua dan kematangan intelektual.Baghdad merupakan tempat belajar yang terkemuka pada abad keempat.Di sana beliau bertemu dengan sarjana dari pelbagai bidang, antaranya para filosof dan penerjemah.Beliau tertarik untuk mempelajari logika, dan antara ahli logika paling terkemuka adalah Pemikiran Metafisika Abu Bisyr Matta ibn Yunus.Al-farabi telah belajar beberapa lama dengannya.Baghdad merupakan kota yang pertama dikunjunginya.Beliau telah berada selama dua puluh tahun di Baghdad dan kemudiannya berpindah ke Damaskus.Di sini beliau berkenalan dengan Gabenor Aleppo, Saifuddaulah al-Hamdani.Gabenor ini sangat terkesan dengan al- Farabi, lalu diajaknya pindah ke Aleppo dan kemudian mengangkat al-Farabi sebagai ulama istana.

Kota kesayangannya adalah Damaskus.Beliau menghabiskan umurnya bukan di tengah-tengah kota, tetapi di sebuah kebun yang terletak di pinggir kota.Di tempat inilah beliau mendapat banyak ilham menulis buku-buku filsafat.Penyelidikanya tentang filsafat Yunani terutama mengenai filsafat Plato dan Aristoteles begitu mendalam sehingga digelari julukan Mu’alim Tsani atau Guru Kedua kerana Guru Pertama diberikan kepada Aristotles, disebabkan usaha Aristotles meletakkan dasar ilmu logika yang pertama dalam sejarah dunia.Al-Farabi menunjukkan kehidupan spiritual dalam usianya yang sangat muda dan mempraktikkan kehidupan sufi.Beliau juga ahli muzik terbesar dalam sejarah Islam dan komponis beberapa irama music yang masih dapat didengarkan dalam perbendaharaan lagu sufi musik India.20 Orde Maulawiyah dari Anatolia masih terus memainkan komposisinya sampai sekarang.Al-Farabi telah mengarang ilmu musik dalam lima bahagian.Buku-buku ini masih berupa naskah dalam bahasa Arab, tetapi sebahagiannya sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis oleh D’Erlenger.Teorinya tentang harmoni belum dipelajari secara mendalam.Pengetahuan estetika al-Farabi bergandingan dengan kemampuan logikanya.Beliau meniggal pada tahun 950 M pada usia 80 tahun.

Beliau meninggalkan sejumlah besar tulisan penting.Karya al-Farabi dapat dibagi menjadi dua, satu antaranya mengenai logika dan mengenai subjek lain.Tentang logika al-Farabi mengatakan bahawa filsafat dalam erti penggunaan akal fikiran secara umum dan luas adalah lebih dahulu daripada keberadaan agama, baik ditinjau dari sudut waktu mahupun dari sudut logik.Dikatakan lebih dahulu dari sudut pandang waktu, kerana al-Farabi berkeyakinan bahawa masa permulaan filsafat, dalam erti penggunaan akal secara luas bermula sejak zaman Mesir Kuno dan Babilon, jauh sebelum Nabi Ibrahim dan Musa.Dikatakan lebih dahulu secara logika kerana semua kebenaran dari agama harus difahami dan dinyatakan, pada mulanya lewat cara-cara yang rasional, sebelum kebenaran itu diambil oleh para Nabi.

Karya al-Farabi tentang logika menyangkut bahagian-bahagian berbeza dari karya Aristotles Organon, baik dalam bentuk komentar mahupun ulasan panjang. Kebanyakan tulisan ini masih berupa naskah dan sebahagian besar naskah-naskah ini belum ditemukan.Manakala karya dalam kelompok kedua menyangkut pelbagai cabang pengetahuan filsafat, fizik, matematik dan politik.Kebanyakan pemikiran yang dikembangkan oleh al-Farabi sangat berafiliasi dengan sistem pemikiran Hellenik berdasarkan Plato dan Aristoteles.

Diantara judul karya al-Farabi yang terkenal adalah :

- Maqalah fi Aghradhi ma Ba’da al-Thabi’ah

- Ihsha’ al-Ulum 25

- Kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadhilah

- Kitab Tahshil al-Sa’adah

 - ‘U’yun al-Masa’il

- Risalah fi al-Aql

- Kitab al-Jami’ bain Ra’y al-Hakimain : al-Aflatun wa Aristhu

- Risalah fi Masail Mutafariqah

- Al-Ta’liqat

- Risalah fi Itsbat al-Mufaraqat


Al-Farabi menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan.Pada tahun 1890 Dieterici menterjemahkan beberapa risalah pendek al-Farabi, umumnya yang berkaitan dengan sains.Bukunya yang merupakan sumbangan terhadap sosiologi adalah Risalah fi Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah yang kemudian diedit dan diterjemahkan oleh Dieterici sebagai Philosophia de Araber dan Der Mustarstaat Von Al-Farabi.Buku penting lain yang diterjemahkan kepada pelbagai bahasa Barat adalah Musiqi al-Kabir dan Ihsa al-Ulum, sebuah karya ensiklopedia yang kemudian banyak berpengaruh atas penulis Barat.

Dalam menetapkan penggolongan jenis ilmu, Al-farabi menampilkan gambaran pemikiranya yang lengkap sehingga dapat dilihat dengan mudah setiap persamaan antara pelbagai jenis ilmu yang pada mulanya dijangka tidak ada persamaan sama sekali.Seperti ilmu nahu misalnya yang menjadi dasar penelitian soal bahasa ilmu semantik.Pandangan al-Farabi mengenai semantik sebagai alat penguasaan pelbagai jenis ilmu sebenarnya mengikuti pemikiran Aristotle, bukan mengikuti pemikiran para filosof Stoicisme yang menganggap semantik sebagai ilmu pengetahuan.Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika al-farabi memandang semantik sebagai alat atau sebagai sarana untuk menetapkan hukum umum guna memperkuat kesanggupan berfikir yang dapat membawa manusia kejalan yang tepat menuju kebenaran.

Menurut al-Farabi, terdapat tiga jenis keutamaan iaitu keutamaan pandangan, keutamaan berfikir dan keutamaan akhlak.Dalam Tahshilus-Sa’adah ada mengatakan bahawa masalah kemanusiaan yang jika dihayati oleh bangsa-bangsa atau oleh penduduk sesuatu negeri dapat mendatangkan kebahagiaan duniawi dalam kehidupan pertama dan kebahagiaan yang jauh lebih tinggi dalam kehidupan akhirat.

 Yang dimaksud dengan pandangan utama ialah pelbagai jenis ilmu menuju kepada pengetahuan tentang semua yang ada dalam alam wujud dan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ilmu Fithriyyah badihiyyah yakni pengetahuan yang dicapai melalui intuisi dan ilmu lainya yang dapat dicapai dengan jalan pengamatan, penelitian, pengajaran dan pembelajaran. Semua ilmu tersebut terdiri daripada tiga jenis pokok iaitu ilmu pasti, ilmu alam dan ilmu ketuhanan atau metafisik.Keutamaan berfikir berguna untuk menetapkan tujuan yang dicita-citakan oleh manusia dan yang hendak diusahakan kewujudannya.Selagi tujuan itu bermanfaat dan baik, maka jalan yang ditempuh untuk mewujudkanya pun bermanfaat dan baik.

Bukunya Ihsa al-Ulum merupakan ensiklopedia mengenai ilmu akhlak yang terbahagi kepada lima bagian.Bahagian pertama ialah bahasa, kedua ialah ilmu hitung, manakala yang ketiga ialah ilmu logika, keempat ilmu-ilmu alam iaitu natural science, dan yang kelima ialah politik dan sosial ekonomi atau sosio ekonomi.Para ahli fikir mutakhir mengakui bahawa mereka berhutang budi kepada al-Farabi atas segala yang telah mereka capai dalam bidang ilmu pengetahuan.Dalam mengambil sesuatu bahan ilmiah dari asalnya, al-Farabi memakai jalan pengelasan yang sangat teliti yang berdasarkan dialektika.Dan ini dilakukan dengan meletakkan kaedah-kaedah umum lalu dan daripadanya diambil alasan yang diperlukan.

Pendapat al-Farabi mengenai wujud Allah dan pengetahuan umum yang bersangkutan dengan Aqlil Awal, first intelegence dan lainnya diambil dari teori Aristotles mengenai penciptaan atau creation.Tetapi al-Farabi tidak percaya akan kekekalnya alam, yang menurut pendapat Aristotles bahawa alam itu adalah kekal. Menurut al-Farabi, alam ini mempunyai pangkal dan hujung.Selanjutnya al-Farabi percaya akan adanya hidup setelah mati akan menjadi hari pengadilan bagi manusia yang berakhir mendapat ganjaran baik atau buruk menurut perbuatan mereka pada masa hidup di atas bumi.Ini jelas menunjukkan bahawa pendapat al-Farabi ini adalah bawaan dari al-Qur’an dan Hadis Maka, bagi al-Farabi logika bukanlah satu jalan untuk mencapai makrifat tetapi ia adalah alat pencapai makrifat.Logika bukanlah jalan untuk mendapatkan hakikat tetapi ia sendirilah pendapat dari hakikat itu.

Tata kerja akal dalam proses pemikiran, amaliyat al-fikri, menurut al-Farabi meningkat mengikut tahap.Akal pada seseorang bayi bersifat potensial (aqlu bil quwwati), yang disebut oleh al-Farabi dengan aqlul-hayuli (material intelect).Aqlul-hayuli itu bersifat pasif (passive intelect), dan mulai bergerak menjadi akal berkarya (aqlu bil-fi’li, actual intellect) setelah menerima gambaran bentuk-bentuk (al surah, forms) melalui kodrat indriani (al hassat) mahupun kodrat imajinasi (al mutakhayyilat).Beliau mengolahnya menjadi pengertian-pengertian (al ma’ani, conceptions) dan pada tahap itu ia berubah menjadi akal berdaya guna (aqlul-mustafad, acquired intellect).Akal berdaya guna (aqlul-mustafad, acquired intellect) itu sekadar bertindak mengolah, mencari hubungan-hubungan antara segala pengertian untuk merekamkan tahu (al’ilm, knowledge) pada perbendaharaan ingatan.Tetapi tahu itu sendiri menurut al-Farabi adalah anugerah dari akal giat (aqlul-fa’al, active intellect) yakni kudrat ilahi, sebagai akibat dari kegiatan akal berdayaguna itu.Tahu di dalam perbendaharaan ingatan itu berpangkal kepada materi dan bentuk (al madah dan al shurah) yang ditangkap oleh kudrat indriani dari alam luar.Materi itu tidak mempunyai perwujudan tanpa bentuk. Akan tetapi di dalam proses pemikiran (amaliyat alfikri) sentiasa materi itu dipisahkan dengan bentuk hingga diperkirakan perwujudan materi tanpa bentuk, yang oleh al-Farabi disebut dengan al hayuli dan oleh Aristoteles disebut dengan hyule.

4.0       Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Menurut Al-Farabi
Al-farabi telah memberikan klasifikasi tentang ilmu pengetahuan dalam tujuh bahagian iaitu logic, percakapan, matematik, fizik, metafizik, politik dan ilmu fikhi (jurisprudence).Ketujuh-tujuh ilmu pengetahuan ini telah melingkupi seluruh kebudayaan Islam pada masa itu.Ilmu pengetahuan tentang percakapan yang dikenali sebagai ilmu al-lisan, dibahaginya pula kepada tujuh bahagian iaitu bahasa gramatika, syntax (ilmu tarkib al-kalam), syair, menulis dan membaca.Aturan ilmu bahasa yang mencakupii kesemua pembahagian ini merupakan tujuh bagian pula iaitu ilmu kalimat mufrad, ilmu kalimat yang dihubungkan oleh harf el-jar (proposition), undang-undang tentang penulisan yang benar, undang-undang tentang pembacaan yang betul dan aturan tentang syair yang baik.

Ilmu logic diajarkan kepada menengah atas bagi orang-orang yang hendak menyediakan dirinya menjadi sarjana.Oleh sebab itu, ilmu logik itu lebih dipandang bersifat seni daripada sifatnya sebagai ilmu.Ilmu atau seni logik pada umumnya terdiri sebagai berikut, ‘Supaya dapat mengoreksi fikiran seseorang untuk mendapatkan kebenaran’.Logik itu dibahagi dalam beberapa bahagian.Dimulakan dengan Catagory dan disudahi dengan syair (poetry).Orang Arab juga memasukkan ilmu balaghah (rothorika) dan syair menjadi sebahagian dari ilmu logik.Kemudian setelah diselidik, ternyata itu termasuk dalam bahagian mantik, maka sekarang ini pembahagian ilmu logika menjadi sembilan fasal.Tentang matematik, al-Farabi membahaginya menjadi tujuh bahagian iaitu arithmatik, geometri, optik, astronomi, musik, hisabaqi dan mekanikal.Metafizik ditujukan pada dua jenis pelajaran.Pertama, pengetahuan tentang makhluk dan yang kedua contoh-contoh dasar atau filsafat ilmu.Tentang ilmu makhluk dikatakannya sebagai ilmu yang mempelajari dasar-dasar makhluk yang tidak didasarkan kepada bentuk jasmani atau benda-benda berupa tubuh.

Politik dikatakannya juga sebagai ilmu sipil yang menjurus kepada etika dan politik.Filusuf-filusuf Islam menukarkan perkataan Politeia dari bahasa Yunani dengan perkataan Madani.Erti perkataan ini adalah sipil yang berhubungan dengan kota.Ilmu agama dibahagikan kepada fikih (Yurisprudence) dan kalam (theology).Ilmu kalam ada dua cabangnya yang kemudian dimasukkan menjadi ilmu agama, adalah pengetahuan baharu yang dimasukkan ke dalam Islam.Klasifikasinya dalam perincian ilmu pengetahuan dapat disimpulkan seperti berikut:

1.Ilmu bahasa iaitu syntaksis, gramatik, pengucapan dan tuturan, dan puisi.
2. Logik iaitu pembahagian definisi dan komposisi gagasan-gagasan yang sederhana.
 3.Sains persiapan;
a. Aritmeti iaitu praktis teori
b. Geometri iaitu praktis teori
c. Optik
d. Sains tentang langit merupakan astrologi, gerak dan susuk benda-benda langit.
e. Musik ialah praktis teori
f. Ilmu tentang timbangan.
g. Ilmu membuat alat-alat pembuatan mesin-mesin dan instrumen-instrumen sederhana untuk digunakan dalam pelbagai seni dan sains seperti astronomi dan muzik.

4. Fisika yang merupakan sains alam, metafizik iaitu sains yang berhubungan dengan Tuhan dan prinsip-prinsip kebendaan.
Fizik
a.Ilmu tentang prinsip-prinsip yang mendasari benda-benda alam.
b.Ilmu tentang sifat dan ciri elemen, dan prinsip yang mengatur kombinasi elemen menjadi benda.
c. Ilmu tentang pembentukan dan kerusakan benda.
d. Ilmu tentang reaksi yang terjadi pada elemen-elemen dalam membentuk ikatan.
e. Ilmu tentang benda-benda ikatan yang terbentuk dari empat elemen dan sifat-sifatnya.
f. Ilmu mineral.
g. Ilmu tumbuhan.
h. Ilmu hewan.

Metafizik:
a. Ilmu tentang hakikat benda.
b. Ilmu tentang prinsip-prinsip sains khusus dan sains pengamatan.
c. Ilmu tentang benda non-jasadi, kualitas-kualitas dan ciri-cirinya yang akhirnya menuju kepada ilmu tentang kebenaran, yaitu mengenai Allah yang salah satu nama-Nya ialah kebenaran(al-Haqq).
5. Ilmu kemasyarakatan:
a. Jurisprudensi
b. Retorik.

5.0       Hukum Mempelajari Ilmu Pengetahuan Menurut Al-Farabi
Islam mengharuskan setiap pemeluknya untuk berusaha menjadi ilmuwan dalam bidang tertentu sejauh yang dapat mereka capai dalam ilmu pengetahuan.Lebih jauh mereka menemukan sejarah tokoh-tokoh agama, salah satunya adalah al-Farabi yang telah berhasil membuka jalan kepada kunci ilmu pengetahuan, di mana manusia memperoleh keberkahan dan manfaat yang tak ternilai harganya.


6.0 KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini.Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.Abu Nashr Muhammad juga merupakan salah satu tokoh filosof muslim yang banyak dikenal di dunia Barat dengan sebutan al-Parabius atau guru kedua setelah Aristoteles sebagai guru pertama.Banyak pemikiran-pemikiran al-Farabi yang diambil dari Aristoteles, akan tetapi al-Farabi tidak hanya menerima begitu saja.Beliau dalam menelaah pemikiran Aristotles selalu dihubungkan dengan al-Qur’an dan Hadis.Seperti pendapat Aristotles yang menyatakan bahwa dunia ini kekal, tetapi menurut al-Farabi dunia ini tidak akan selamanya kekal kerana al-Farabi masih mempercayai bahawa akan adanya hari kiamat, maka beliau berpendapat bahwa dunia ini tidak akan kekal selamanya.



IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG

BIODATA IBNU KHALDUN.
1)     Riwayat hidup ibnu khaldun.
a)    Nama sebenar ialah abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
b)    Dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di Tunisia.
c)    Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khalduniyah di Tunisia.
d)    Keturunan arab yaman.
e)    Bapanya adalah seorang sarjana.
f)     Meninggal dunia pada tahun 808 hijrah/1406 masihi di kaherah, mesir ketika usia 87 tahun.
g)    Dikebumikan diluar babun nasr, iaitu perkuburan ahli sufi.

2)    Latar belakang kehidupan ibnu khaldun.
a)    Keluarganya berasal dari keturunan arab yaman yang datang ke sepanyol semasa pembukaan sepanyol oleh tentera arab muslimin.
b)    Mereka kemudian menetap di carmona, kemudian berpindah ke Seville, sepanyol.
c)    Selepas kejatuhan Seville, keluarganya berpindah ke Tunisia sehinggalah beliau dilahirkan.
d)    Apabila Tunisia diserang wabak taun pada tahun 749 hijrah, keluarga beliau telah berpindah ke fez.
e)    Pada 1375 masihi, berhijrah ke Granada, sepanyol kerana mahu melahirkan diri daripada kerajaan di afrika utara.
f)     Lantaran keadaan politik di Granada tidah stabil, mendorong beliau merantau ke Algeria.
g)    Selepas itu berhijrah ke bougie dan akhir sekali ke mesir sehingga akhiri hayatnya.

KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN.

1)    Sifat keperibadian ibnu khaldun:
a)    Tekun mencari ilmu – sejak kecil mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah, malah kesibukan tugas sebagai pentadbir tidak menghalangnya menuntut ilmu.
b)    Kuat ingatan – menghafaz al-quran sejak kecil serta menguasai pelbagai bidang ilmu dalam usia belasan tahun.
c)    Berjiwa pemimpin – menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim Negara kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya mengemukakan idea yang bernas.
d)    Kreatif – Berjaya mengenengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yag tersendiri melalui kayranya al-muqaddimah.
e)    Bijak berpidato – aktif berdebat untuk menambahkan ilmu.

2)    Kegigihan ibnu khaldun menuntut ilmu yang boleh dicontohi oleh pelajar:
a)    Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah sejak kecil.
b)    Tekun dan gigih menuntut ilmu walaupun telah dewasa dan memegang jawatan penting Negara.
c)    Tidak mudah berputus asa dan cekal menuntut ilmu walaupun ditimpa bencana.
d)    Bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu dan bersama-sama masyarakat.
e)    Memiliki semangat untuk menuntut ilmu secara berterusan.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
1)    Pendidikan ibnu khaldun:
a)    Mendapat pendidikan awal daripada bapanya dengan mempelajari asas-asas agama seperti al-quran, fekah, hadis dan tauhid di masjid al-quba, Tunisia.
b)    Menghafaz al-quran sejak kecil.
c)    Setelah dewasa, beliau belajar lingustik bahasa arab (seperti nahu dan saraf), usuluddin dan kesusasteraan.
d)    Turut mempelajari mantik, sains, falasafah, matematik dan sejarah daripada beberapa orang ulamak terkemuka pada masa itu.
e)    Ketika berusia 18 tahun, terpaksa berhenti belajar kerana Tunisia ditimpa wabak taun.
f)     Kemudian melanjutkan pelajaran tinggi di fez dengan beberapa orang guru dan ulamak yang terkenal.
2)    Bidang ilmu yang diterokai dan dikuasai oleh ibnu khaldun:
a)    Bahasa arab.
b)    Nahu dan balaghah.
c)    Mustalah hadis.
d)    Sastera.
e)    Fekah.
f)     Usul fiqh.
g)    Mantik.
h)    Sains.
i)      Falsafah.
j)      Matematik.
k)    Sejarah.
l)      Ekonomi.
m) Politik.
n)    Sosiologi.
3)    Bidang ilmu yang telah diislahkan (diperbaharui dan dimajukan) oleh ibnu khaldun:
a)    Ilmu sejarah dan persejarahan.
b)    Politik.
c)    Ekonomi.
d)    Sosiologi.
e)    Biografi.
f)     Kesusasteraan.
g)    Karang-mengarang.
h)    Psikologi pendidikan.

IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG.

1)    Bukti menunjukkan bahawa ibnu khaldun seorang tokoh pelbagai ilmu:\
a)    Pakar sejarah.
b)    Pakar dalam ilmu sosiologi.
c)    Ahli falsafah.
d)    Tokoh negarawan.
e)    Pengiat budaya dan kesusasteraan arab.
2)    Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai sejarawan terkenal:
a)    Ibnu khaldun mampu menganalisis tamadun dari segi permulaan,factor kegemilangan serta kejatuhannya.
b)    Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geagrafi.
c)    Idea beliau dalam kitab al-muqaddimah telah menarik perhatian para pengkaji dan pemikir untuk menobatkannya sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti at-tabari dan al-mas’udi.
3)    Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai negarawan yang banyak jasa untuk Negara:
a)    Menyandang banyak jawatan penting Negara selama lebih 20 tahun.
b)    Antara jawatan tersebut ialah
i)      Setiausaha khas bahagian surat-menyurat di jabatan kerajaan Tunisia (751 hijrah).
ii)   Pegawai jabatan setiausaha Negara di istana sultan abu ishak dan sultan abu annan.
iii)            Anggota majlis ilmiah di fez, maghribi ( 755 hijrah).
iv) Anggota jabatan setiausaha sulit sultan abu salim di fez (760 hijrah).
v)    Dura di Granada, qistina dan maghribi.
4)    Bukti ibnu khaldun sebagai tokoh penggiat budaya dan kesusasteraan arab:
a)    Mendalami pengajian kesusasteraan dengan syeikh Muhammad bin bahri di Tunisia.
b)    Menghasilkan banyak syair semenjak zaman kanak-kanak lagi.
c)    Kemahiran dalam syair terbukti dalam perbahasanya tentang syair dalam kitabnya al-muqaddimah.
5)    Nama gelaran kesarjanaan yang diberikan kepada ibnu khaldun:
a)    As-syadrul kabir.
b)    Al-faqihul jalil-ahli fakeh yang mulia.
c)    Al-‘allamah-orang yang memiliki kealiman ilmu yang tinggi.
d)    Imamul a’immah-imam segala imam.
e)    Jamalul islam wal muslimin.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
1)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran yang amat bernilai kepada tamadun manusia:
a)    Berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya.
b)    Memberi idea dan penduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.
c)    Pelapor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
d)    Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak.
e)    Karyanya dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana.
f)     Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.
2)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sejarah:
a)    Seorang filosof sejarah terkenal
b)    pengasas ilmu filososf sejarah.
c)    Membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.
d)    Berpendapat sejarah dan peristiwa sejarah adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian nyata, bukan khayalan atau dongengan.
e)    Hasil karyanya yang terkenal di barat dalam bidang sejarah ialah al-muqaddimah dan al-ibar.
3)    Sumbangan ibnu kahldun dalam bidang politik:
a)    Bergiat aktif dalam politik selama lebih 20 tahun.
b)    Berpendapat bahawa islam adalah asas penting dalam memperbetulkan sesebuah Negara.
c)    Mengemukakan teori politik dalam kitabnya iaitu at-ta’rif dan al-ibar.
4)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sosiologi:
a)    Pengasas dan guru dalam bidang sosiologi.
b)    Berpendapat bahawa manusia adalah makhluk social yang tidak mungkin boleh hidup secara sendirian.
c)    Menekankan aspek pendidikan akhlak dalam semua penulisannya.
d)    Karyanya dalam bidang sosiologi digunakan secara meluas di university di eropah dan timur.
5)    Pendapat ibnu khaldun berkaitan asas pembinaan sesebuah Negara:
a)    Pembinaan sesebuah Negara mestilah berasaskan kepada agama, ekonomi, akhlak, akhlak pemimpin dan rakyatnya.
b)    Kupasan beliau ini banyak disandarkan kepada pemerhatiannya sepanjang penglibatan dalam pentadbiran pelbagai tempat dan berbeza budaya dan suasana.
6)    Pendapat dan idea ibnu khaldun berkaitan bidang ekonomi:
a)    Rezeki adalah kurniaan allah yang mesti dinikmati bersama.
b)    Manusia adalah pemegang amanah allah dalam pengurusan harta yang wajib dibelanjakan mengikut syarak.
c)    Kemajukan sesebuah Negara bergantung kepada kemajuan ekonomi dimana suatu bangsa akan mundur dan lemah jika pencapaian ekonominya lemah.
d)    Hasil karyanya dalam ekonomi ialah at-ta’rif dan al-ibar.
7)    Sanjungan dan penghormatan yang diterima oleh ibnu khaldun oleh masyarakat antarabangsa sehingga kini:
a)    Sesebuah Negara ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamik studies di university di amerika.
b)    Nama beliau diabdikan dalam sebuah university terkemuka iaitu university ibnu khaldun, Jakarta Indonesia.


KARYA AGUNG IBNU KHALDUN.

1)    Kesan dan peninggalan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun terhadap perkembangan tamadun manusia:
a)    Warisan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap tamadun manusia dalam bidang kebudayaan, social, sejarah, ekonomi dan politik.
b)    Hasil karya beliau seperti al-muqaddimah dan al-ibar telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing seperti perancis, turki, jerman, inggeris, sepanyol dan melayu.
c)    Hasil pemikiran beliau dalam bidang sosiologi dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di eropah, malah menjadi bahan rujukan semua plajar di dunia.
d)    Kitab beliau “al-muqaddimah” menjadi sumber rujukan utama manusia sehingga kini.
2)    Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah yang telah digariskan oleh ibnu khaldun:
a)    Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab.
b)    Mengkaji peristiwa lalu untuk menjadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku.
c)    Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
d)    Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
RUMUSAN
1)    Ibnu khaldun meminati bidang penulisan dan kreatif sejak kecil.
2)    Kitab karangan beliau, al-muqaddimah yang berkaitan dengan sosiologi telah menjadi rujukan dan kajian ilmiah eropah barat dan timur.
3)    Buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan menjadi rujukan di university-universiti dalam bidang sejarah dan kemasyarakatan.