Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. manakala teknologi adalah ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan. Menurut Everett Mendelsohn,
“Sains ialah kegiatan saling bertindak manusia. Oleh itu ia adalah suatu aktiviti sosial. Pengetahuannya,kenyataanya, disuburkan dan dikongsi dikalangan kelompok manusia. Oleh itu, pada dasar pengetahuan saintifik adalah pengetahuan sosial. Sebagai aktiviti sosial, nyata sekali bahawa sains adalah hasil sejarah dan proses yang terjadi menurut masa dan tempat yang melibatkan manusia sebagai pelakon. Para pelakon ini bukan sahaja berperanan dalam sains tetapi dalam masyarakat yang lebih luas, di mana mereka adalah sebahagian daripadanya. ”
Sejarah dan perkembangan sains dalam Islam sebenarnya orang Islamlah yang memberi sains sebagai bentuk yang boleh dikenali. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh epistemologi Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, nilai dan prinsip akhlak memainkan peranan yang penting dalam usaha seseorang Islam itu menuntut ilmu. Tidak terdapat konflik antara Islam dan sains, tidak ada persamaan dalam sejarah Islam berhubung dengan perseteruan antara agama kristian yang telah diinstitusikan dengan sains. Islam seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W menekankan penuntutan ilmu. Islam adalah satu sistem yang penuh. Ia adalah satu agama, kebudayaan dan tamadun sekaligus.
Sebagai satu sistem yang holistik ia menyentuh segenap kegiatan manusia. Etika dan nilai Islam meresap dalam semua kegiatan manusia. Oleh sebab itu Islam mempunyai perspektif yang tetap dari sudut falsafah,sosiologi dan metodologi tentang sains dan teknologi .
No comments:
Post a Comment