BIODATA IBNU KHALDUN.
1) Riwayat hidup ibnu khaldun.
a) Nama sebenar ialah abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
b) Dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di Tunisia.
c) Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khalduniyah di Tunisia.
d) Keturunan arab yaman.
e) Bapanya adalah seorang sarjana.
f) Meninggal dunia pada tahun 808 hijrah/1406 masihi di kaherah, mesir ketika usia 87 tahun.
g) Dikebumikan diluar babun nasr, iaitu perkuburan ahli sufi.
2) Latar belakang kehidupan ibnu khaldun.
a) Keluarganya berasal dari keturunan arab yaman yang datang ke sepanyol semasa pembukaan sepanyol oleh tentera arab muslimin.
b) Mereka kemudian menetap di carmona, kemudian berpindah ke Seville, sepanyol.
c) Selepas kejatuhan Seville, keluarganya berpindah ke Tunisia sehinggalah beliau dilahirkan.
d) Apabila Tunisia diserang wabak taun pada tahun 749 hijrah, keluarga beliau telah berpindah ke fez.
e) Pada 1375 masihi, berhijrah ke Granada, sepanyol kerana mahu melahirkan diri daripada kerajaan di afrika utara.
f) Lantaran keadaan politik di Granada tidah stabil, mendorong beliau merantau ke Algeria.
g) Selepas itu berhijrah ke bougie dan akhir sekali ke mesir sehingga akhiri hayatnya.
KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN.
1) Sifat keperibadian ibnu khaldun:
a) Tekun mencari ilmu – sejak kecil mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah, malah kesibukan tugas sebagai pentadbir tidak menghalangnya menuntut ilmu.
b) Kuat ingatan – menghafaz al-quran sejak kecil serta menguasai pelbagai bidang ilmu dalam usia belasan tahun.
c) Berjiwa pemimpin – menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim Negara kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya mengemukakan idea yang bernas.
d) Kreatif – Berjaya mengenengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yag tersendiri melalui kayranya al-muqaddimah.
e) Bijak berpidato – aktif berdebat untuk menambahkan ilmu.
2) Kegigihan ibnu khaldun menuntut ilmu yang boleh dicontohi oleh pelajar:
a) Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah sejak kecil.
b) Tekun dan gigih menuntut ilmu walaupun telah dewasa dan memegang jawatan penting Negara.
c) Tidak mudah berputus asa dan cekal menuntut ilmu walaupun ditimpa bencana.
d) Bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu dan bersama-sama masyarakat.
e) Memiliki semangat untuk menuntut ilmu secara berterusan.
PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
1) Pendidikan ibnu khaldun:
a) Mendapat pendidikan awal daripada bapanya dengan mempelajari asas-asas agama seperti al-quran, fekah, hadis dan tauhid di masjid al-quba, Tunisia.
b) Menghafaz al-quran sejak kecil.
c) Setelah dewasa, beliau belajar lingustik bahasa arab (seperti nahu dan saraf), usuluddin dan kesusasteraan.
d) Turut mempelajari mantik, sains, falasafah, matematik dan sejarah daripada beberapa orang ulamak terkemuka pada masa itu.
e) Ketika berusia 18 tahun, terpaksa berhenti belajar kerana Tunisia ditimpa wabak taun.
f) Kemudian melanjutkan pelajaran tinggi di fez dengan beberapa orang guru dan ulamak yang terkenal.
2) Bidang ilmu yang diterokai dan dikuasai oleh ibnu khaldun:
a) Bahasa arab.
b) Nahu dan balaghah.
c) Mustalah hadis.
d) Sastera.
e) Fekah.
f) Usul fiqh.
g) Mantik.
h) Sains.
i) Falsafah.
j) Matematik.
k) Sejarah.
l) Ekonomi.
m) Politik.
n) Sosiologi.
3) Bidang ilmu yang telah diislahkan (diperbaharui dan dimajukan) oleh ibnu khaldun:
a) Ilmu sejarah dan persejarahan.
b) Politik.
c) Ekonomi.
d) Sosiologi.
e) Biografi.
f) Kesusasteraan.
g) Karang-mengarang.
h) Psikologi pendidikan.
IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG.
1) Bukti menunjukkan bahawa ibnu khaldun seorang tokoh pelbagai ilmu:\
a) Pakar sejarah.
b) Pakar dalam ilmu sosiologi.
c) Ahli falsafah.
d) Tokoh negarawan.
e) Pengiat budaya dan kesusasteraan arab.
2) Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai sejarawan terkenal:
a) Ibnu khaldun mampu menganalisis tamadun dari segi permulaan,factor kegemilangan serta kejatuhannya.
b) Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geagrafi.
c) Idea beliau dalam kitab al-muqaddimah telah menarik perhatian para pengkaji dan pemikir untuk menobatkannya sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti at-tabari dan al-mas’udi.
3) Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai negarawan yang banyak jasa untuk Negara:
a) Menyandang banyak jawatan penting Negara selama lebih 20 tahun.
b) Antara jawatan tersebut ialah
i) Setiausaha khas bahagian surat-menyurat di jabatan kerajaan Tunisia (751 hijrah).
ii) Pegawai jabatan setiausaha Negara di istana sultan abu ishak dan sultan abu annan.
iii) Anggota majlis ilmiah di fez, maghribi ( 755 hijrah).
iv) Anggota jabatan setiausaha sulit sultan abu salim di fez (760 hijrah).
v) Dura di Granada, qistina dan maghribi.
4) Bukti ibnu khaldun sebagai tokoh penggiat budaya dan kesusasteraan arab:
a) Mendalami pengajian kesusasteraan dengan syeikh Muhammad bin bahri di Tunisia.
b) Menghasilkan banyak syair semenjak zaman kanak-kanak lagi.
c) Kemahiran dalam syair terbukti dalam perbahasanya tentang syair dalam kitabnya al-muqaddimah.
5) Nama gelaran kesarjanaan yang diberikan kepada ibnu khaldun:
a) As-syadrul kabir.
b) Al-faqihul jalil-ahli fakeh yang mulia.
c) Al-‘allamah-orang yang memiliki kealiman ilmu yang tinggi.
d) Imamul a’immah-imam segala imam.
e) Jamalul islam wal muslimin.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
1) Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran yang amat bernilai kepada tamadun manusia:
a) Berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya.
b) Memberi idea dan penduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.
c) Pelapor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
d) Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak.
e) Karyanya dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana.
f) Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.
2) Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sejarah:
a) Seorang filosof sejarah terkenal
b) pengasas ilmu filososf sejarah.
c) Membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.
d) Berpendapat sejarah dan peristiwa sejarah adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian nyata, bukan khayalan atau dongengan.
e) Hasil karyanya yang terkenal di barat dalam bidang sejarah ialah al-muqaddimah dan al-ibar.
3) Sumbangan ibnu kahldun dalam bidang politik:
a) Bergiat aktif dalam politik selama lebih 20 tahun.
b) Berpendapat bahawa islam adalah asas penting dalam memperbetulkan sesebuah Negara.
c) Mengemukakan teori politik dalam kitabnya iaitu at-ta’rif dan al-ibar.
4) Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sosiologi:
a) Pengasas dan guru dalam bidang sosiologi.
b) Berpendapat bahawa manusia adalah makhluk social yang tidak mungkin boleh hidup secara sendirian.
c) Menekankan aspek pendidikan akhlak dalam semua penulisannya.
d) Karyanya dalam bidang sosiologi digunakan secara meluas di university di eropah dan timur.
5) Pendapat ibnu khaldun berkaitan asas pembinaan sesebuah Negara:
a) Pembinaan sesebuah Negara mestilah berasaskan kepada agama, ekonomi, akhlak, akhlak pemimpin dan rakyatnya.
b) Kupasan beliau ini banyak disandarkan kepada pemerhatiannya sepanjang penglibatan dalam pentadbiran pelbagai tempat dan berbeza budaya dan suasana.
6) Pendapat dan idea ibnu khaldun berkaitan bidang ekonomi:
a) Rezeki adalah kurniaan allah yang mesti dinikmati bersama.
b) Manusia adalah pemegang amanah allah dalam pengurusan harta yang wajib dibelanjakan mengikut syarak.
c) Kemajukan sesebuah Negara bergantung kepada kemajuan ekonomi dimana suatu bangsa akan mundur dan lemah jika pencapaian ekonominya lemah.
d) Hasil karyanya dalam ekonomi ialah at-ta’rif dan al-ibar.
7) Sanjungan dan penghormatan yang diterima oleh ibnu khaldun oleh masyarakat antarabangsa sehingga kini:
a) Sesebuah Negara ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamik studies di university di amerika.
b) Nama beliau diabdikan dalam sebuah university terkemuka iaitu university ibnu khaldun, Jakarta Indonesia.
KARYA AGUNG IBNU KHALDUN.
1) Kesan dan peninggalan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun terhadap perkembangan tamadun manusia:
a) Warisan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap tamadun manusia dalam bidang kebudayaan, social, sejarah, ekonomi dan politik.
b) Hasil karya beliau seperti al-muqaddimah dan al-ibar telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing seperti perancis, turki, jerman, inggeris, sepanyol dan melayu.
c) Hasil pemikiran beliau dalam bidang sosiologi dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di eropah, malah menjadi bahan rujukan semua plajar di dunia.
d) Kitab beliau “al-muqaddimah” menjadi sumber rujukan utama manusia sehingga kini.
2) Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah yang telah digariskan oleh ibnu khaldun:
a) Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab.
b) Mengkaji peristiwa lalu untuk menjadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku.
c) Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
RUMUSAN
1) Ibnu khaldun meminati bidang penulisan dan kreatif sejak kecil.
2) Kitab karangan beliau, al-muqaddimah yang berkaitan dengan sosiologi telah menjadi rujukan dan kajian ilmiah eropah barat dan timur.
3) Buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan menjadi rujukan di university-universiti dalam bidang sejarah dan kemasyarakatan.
mudah dibaca dan sangat bermanfaat. terima kasih
ReplyDeleteSatu penulisan yang amat baik terhadap bidang ilmu yang berbagai meramgkumi fasafah,politik,sosilogy, eknonomi, pendidikan dll
ReplyDeleteapakah kita boleh merujuk kekalahan kerajaan BN/UMNO dengan teori yang dikemukakan oleh Ibnu khaldun ini datuk? Semoga semua pemimpin..tidak kira apa juga parti atau rass...akan mendapat pengajaran daripada ilmu teori ini..
DeleteAlhamdulilah sangat bermanfaat kepada saya sebagai bahan rujukan..terima kasih
ReplyDeleteboleh saya tahu tuan rujuk dari sumber mana ya?
ReplyDeleteAlhamdulillah t. Kasih maklumat yg membantu untuk saya menyiapkan tugasan saya untuk sem ini
ReplyDeleteAlhmdulillah, terima kasih, bnyak.membantu (。・ω・。)ノ♡
ReplyDeletesumbangan untuk bidang pendidikan awal kanak-kanak takde ke?
ReplyDeleteTerima kasih faham sangat k
ReplyDeleteTq👌👌👌
ReplyDeletethanks🤗😀
ReplyDelete